Rojab diberi gelar 'bulan Allah'. Dikatakan begitu karena ia adalah satu bulan yang mulia, di mana Allah telah bermurah hati mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya, mengangkatkan derajat mereka serta melipatgandakan pahala mereka yang melakukan ibadah dalam bulan ini. Sekiranya dalam bulan-bulan biasa, satu kebajikan dibalas dengan 10, tetapi dalam bulan Rojab setiap kebajikan dibalas dengan 70. Dalam bulan ini juga, Allah telah menjalankan Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj yaitu dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjid Aqsa dan dari sana pula dibawa ke Sidratul Muntaha, untuk menerima kewajiban solat 5 waktu sehari semalam.
Setiap kali kedatangan bulan Rojab, seorang abidah (waniita yang kuat beribadah) mewiridkan bacaan 'Qulhuwallahu Ahad' sebanyak 11 kali selepas solat Subuh.
Ini dilakukannya setiap hari sepanjang Rojab pada tiap-tiap tahun. Usaha ini dilakukannya sebagai tanda memuliakan Bulan Rojab. Selain itu, wanita ini akan memakai pakaian yang kasar menggantikan pakaian biasa yang dipakainya pada bulan-bulan lain.
Ini dilakukannya setiap hari sepanjang Rojab pada tiap-tiap tahun. Usaha ini dilakukannya sebagai tanda memuliakan Bulan Rojab. Selain itu, wanita ini akan memakai pakaian yang kasar menggantikan pakaian biasa yang dipakainya pada bulan-bulan lain.
Suatu hari, dia jatuh sakit. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, wanita itu sempat berwasiat kepada anak-anaknya untuk menkafani dengan kain kasar yang dipakainya jika dia mati . Dalam keadaan yang tenang, wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa mengkafankan jenazah ibunya, anak-anaknya merasa aib/malu untuk menggunakan kain kafan yang sudah uzur dan lusuh, lalu menggantikannya dengan kain kafan yang baru.
Pada malam itu, anaknya bermimpi berjumpa ibunya. Ibunya bertanya mengapa mereka tidak mematuhi wasiatnya. Perbuatan mengkafannya dengan kain baik menyebabkan ibunya tidak meridhai mereka. Sebaik saja anaknya terjaga, dia merasa amat sedih dan menyesal atas perbuatannya. Dia segera ke kubur pada malam itu juga lalu menggali kubur ibunya untuk menggantikan dengan kain kafan yang lusuh. Alangkah terperanjatnya apabila mendapati mayat ibunya tidak ada di situ.
Anaknya merasa sangat heran. Tiba-tiba kedengaran satu suara 'Hai nak! Tidakkah kau tahu bahwa orang yang memuliakan bulan Rojab tidak akan bersendirian di dalam kubur.' Mendengar suara itu, anaknya segera faham. Dia pun menimbus semula kubur yang digalinya lalu beredar dari situ. Wallahu 'Alam.
Moral & Iktibar
- Barangsiapa yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan Allah.
- Allah lebih suka melihat hambaNya yang beramal sedikit tetapi berkekalan daripada mereka yang beramal banyak tetapi tidak kekal.
- Kita hendaklah mencari keridhaan ibu kerana keriedhaan Allah bergantung pada kereidhaannya.
- Liang lahad (tanah perkuburan) menjadi pintu syurga bagi mereka yang beramal soleh. Sebaliknya akan bertukar menjadi pintu neraka bagi mereka yang kufur dengan Allah.
- Liang lahad menjadi amat luas dipenuhi dengan taman syurga untuk mereka yang taat kepada Allah dan RasulNya.
- Liang lahad juga menjadi amat sempit dengan dipenuhi dengan ular dan kala jengking yang sentiasa menyeksa mayat yang kufur dan sentiasa membuat maksiat di dunia ini.
- Kejadian ini berlaku adalah karena Allah hendak membukakan rahsia balasan Allah kepada orang yang memuliakan bulan Rojab.
0 komentar:
Posting Komentar